Saturday, August 4, 2012

UJIAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum...

Terlalu meninggalkan blog sendiri dari terus mengarang cerita. Hari ini, aku ingin berkongsi sesuatu yang gembira dan berakhir dengan duka. Namun, aku redha hadapinya.

Tanggal May, 2012, aku disahkan hamil anak sulung. Betapa gembira dan tidak percaya bercampur dalam diri. Aku dan suami sangat-sangat bersyukur. Penantian kami selama 1 tahun akhirnya terbalas. Syukur ya ALLAH atas pemberian MU pada kami.

Tanggal Jul, 2012, aku diuji oleh Nya. Tatkala keluar sesuatu yang menggusarkan fikiran ku. Lantas, aku dan suami ke HTAR untuk pemeriksaan lanjut. Doktor memeriksa kandungan ku. Alangkah sedih dan terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan yang janin kami tiada denyut jantung juga tidak bergerak. Bahkan, saiz janin kami turut kecil dan tidak seperti saiz normal janin yang sepatutnya. Aku dan suami redha dan masih mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku sementara menanti perjumpaan dengan pakar pada 7 Aug 2012.

Allah maha besar. Allah maha mengetahui. Pada 28 Jul 2012, aku mengalami tumpah darah yang agak merisaukan. Ketika itu aku dirumah mertua ku. Hanya perasaan sedih dan takut sahaja yang menyelubungi diri ku. Ketika itu juga, suami tiada di sisi. Selepas berbuka, kami pulang dan terus ke HTAR untuk rawatan doktor. Dan jawapan doktor masih sama seperti sebelum ini. Kami redha dan kami bersedia jika benar janin kami sudah TIADA lagi.

Segalanya duka pada 31 Jul 2012. Janin ku keluar beserta darah yang banyak. Aku terus menuju ke HTAR untuk pengesahan serta rawatan lanjut. Aku disahkan gugur oleh doktor. Hibanya hati hanya Allah yang tahu. Namun aku kena redha dengan ujian ini. Allah tengah menguji aku dan suami.

Arwah selamat suami ku bersihkan dan tanam di hadapan rumah ibu ku. Semoga rohnya aman di syurga sana. Semoga anak kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami di dunia ini. Dan kami akan sentiasa mengingatinya walaupun dia bukan milik kami lagi. Allah lebih mengetahui. Dan aturan NYA adalah yang terbaik buat semua hamba-hamba nya.

No comments:

Post a Comment