Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan 25

Assalamualaikum...

Hari ini Ramadhan ke 25. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Syawal. Bagaimana persiapan semua orang? Aku dan suami alhamdulillah. Persiapan kami macam tahun lepas juga. Tapi mungkin lebih sedikit pada tahun ini. 

Rasa sayup masih menjadi teman sejati ku tatkala malam kesunyian hadir menerpa diri. Aku seakan tidak dapat menerima hakikat. Namun, aku kena kuat dan kena benar-benar redha dengan ujian Dari-Nya. 

Suami ku dan bonda ku terlalu istimewa. Tidak meninggalkan aku tatkala aku memerlukan teman untuk berkongsi duka ku. Pelukan dan ketengannya benar-benar buat aku rasa tenang dan senang. Suami dan bonda ku yang paling banyak beri kata-kata semangat. Mereka berdua juga yang sering buat aku terus tabah dan terus sabar dalam hadapi semua ini. 

Tubuhku masih lemah. Namun aku kena kuat semangat untuk hadapi semua ni. Kesakitan masih terasa. Namun itulah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup ku dan suami.

Kepada anak ibu, ibu doakan adik bahagia di sana. Adik doakan ibu dan ayah di sini ya. Moga kita bertemu di akhirat nanti. Ibu dan ayah saya adik banyak-banyak.

 

Saturday, August 4, 2012

UJIAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum...

Terlalu meninggalkan blog sendiri dari terus mengarang cerita. Hari ini, aku ingin berkongsi sesuatu yang gembira dan berakhir dengan duka. Namun, aku redha hadapinya.

Tanggal May, 2012, aku disahkan hamil anak sulung. Betapa gembira dan tidak percaya bercampur dalam diri. Aku dan suami sangat-sangat bersyukur. Penantian kami selama 1 tahun akhirnya terbalas. Syukur ya ALLAH atas pemberian MU pada kami.

Tanggal Jul, 2012, aku diuji oleh Nya. Tatkala keluar sesuatu yang menggusarkan fikiran ku. Lantas, aku dan suami ke HTAR untuk pemeriksaan lanjut. Doktor memeriksa kandungan ku. Alangkah sedih dan terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan yang janin kami tiada denyut jantung juga tidak bergerak. Bahkan, saiz janin kami turut kecil dan tidak seperti saiz normal janin yang sepatutnya. Aku dan suami redha dan masih mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku sementara menanti perjumpaan dengan pakar pada 7 Aug 2012.

Allah maha besar. Allah maha mengetahui. Pada 28 Jul 2012, aku mengalami tumpah darah yang agak merisaukan. Ketika itu aku dirumah mertua ku. Hanya perasaan sedih dan takut sahaja yang menyelubungi diri ku. Ketika itu juga, suami tiada di sisi. Selepas berbuka, kami pulang dan terus ke HTAR untuk rawatan doktor. Dan jawapan doktor masih sama seperti sebelum ini. Kami redha dan kami bersedia jika benar janin kami sudah TIADA lagi.

Segalanya duka pada 31 Jul 2012. Janin ku keluar beserta darah yang banyak. Aku terus menuju ke HTAR untuk pengesahan serta rawatan lanjut. Aku disahkan gugur oleh doktor. Hibanya hati hanya Allah yang tahu. Namun aku kena redha dengan ujian ini. Allah tengah menguji aku dan suami.

Arwah selamat suami ku bersihkan dan tanam di hadapan rumah ibu ku. Semoga rohnya aman di syurga sana. Semoga anak kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami di dunia ini. Dan kami akan sentiasa mengingatinya walaupun dia bukan milik kami lagi. Allah lebih mengetahui. Dan aturan NYA adalah yang terbaik buat semua hamba-hamba nya.