Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan 25

Assalamualaikum...

Hari ini Ramadhan ke 25. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Syawal. Bagaimana persiapan semua orang? Aku dan suami alhamdulillah. Persiapan kami macam tahun lepas juga. Tapi mungkin lebih sedikit pada tahun ini. 

Rasa sayup masih menjadi teman sejati ku tatkala malam kesunyian hadir menerpa diri. Aku seakan tidak dapat menerima hakikat. Namun, aku kena kuat dan kena benar-benar redha dengan ujian Dari-Nya. 

Suami ku dan bonda ku terlalu istimewa. Tidak meninggalkan aku tatkala aku memerlukan teman untuk berkongsi duka ku. Pelukan dan ketengannya benar-benar buat aku rasa tenang dan senang. Suami dan bonda ku yang paling banyak beri kata-kata semangat. Mereka berdua juga yang sering buat aku terus tabah dan terus sabar dalam hadapi semua ini. 

Tubuhku masih lemah. Namun aku kena kuat semangat untuk hadapi semua ni. Kesakitan masih terasa. Namun itulah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup ku dan suami.

Kepada anak ibu, ibu doakan adik bahagia di sana. Adik doakan ibu dan ayah di sini ya. Moga kita bertemu di akhirat nanti. Ibu dan ayah saya adik banyak-banyak.

 

Saturday, August 4, 2012

UJIAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum...

Terlalu meninggalkan blog sendiri dari terus mengarang cerita. Hari ini, aku ingin berkongsi sesuatu yang gembira dan berakhir dengan duka. Namun, aku redha hadapinya.

Tanggal May, 2012, aku disahkan hamil anak sulung. Betapa gembira dan tidak percaya bercampur dalam diri. Aku dan suami sangat-sangat bersyukur. Penantian kami selama 1 tahun akhirnya terbalas. Syukur ya ALLAH atas pemberian MU pada kami.

Tanggal Jul, 2012, aku diuji oleh Nya. Tatkala keluar sesuatu yang menggusarkan fikiran ku. Lantas, aku dan suami ke HTAR untuk pemeriksaan lanjut. Doktor memeriksa kandungan ku. Alangkah sedih dan terkejutnya kami apabila doktor mengesahkan yang janin kami tiada denyut jantung juga tidak bergerak. Bahkan, saiz janin kami turut kecil dan tidak seperti saiz normal janin yang sepatutnya. Aku dan suami redha dan masih mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku sementara menanti perjumpaan dengan pakar pada 7 Aug 2012.

Allah maha besar. Allah maha mengetahui. Pada 28 Jul 2012, aku mengalami tumpah darah yang agak merisaukan. Ketika itu aku dirumah mertua ku. Hanya perasaan sedih dan takut sahaja yang menyelubungi diri ku. Ketika itu juga, suami tiada di sisi. Selepas berbuka, kami pulang dan terus ke HTAR untuk rawatan doktor. Dan jawapan doktor masih sama seperti sebelum ini. Kami redha dan kami bersedia jika benar janin kami sudah TIADA lagi.

Segalanya duka pada 31 Jul 2012. Janin ku keluar beserta darah yang banyak. Aku terus menuju ke HTAR untuk pengesahan serta rawatan lanjut. Aku disahkan gugur oleh doktor. Hibanya hati hanya Allah yang tahu. Namun aku kena redha dengan ujian ini. Allah tengah menguji aku dan suami.

Arwah selamat suami ku bersihkan dan tanam di hadapan rumah ibu ku. Semoga rohnya aman di syurga sana. Semoga anak kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami di dunia ini. Dan kami akan sentiasa mengingatinya walaupun dia bukan milik kami lagi. Allah lebih mengetahui. Dan aturan NYA adalah yang terbaik buat semua hamba-hamba nya.

Tuesday, February 28, 2012

29 Feb 2012

Assalamualaikum...

Makin menyampah laks aku ngan betina sundal nie. Dia ingat dia bagus sangat ke? Lantak ko la cina lahanat.

Hello!!!~ Pasal keja je kot. Be professional la sikit. Aku ok je. Dia laks over acting. Sampai siap remove aku kat FB lagi. Dia ingat dia hot sangat ke?

Dasar betina tak mandi pagi. He.. He.. He..

Sabarlah hai hati. Sebab masih ada tunggakan kat company la aku tak benti. Kalau tak, sorry to say la kan. Hai Hai Bye Bye la korang nie. Ko nie memang cam puki ko tau.

Thursday, February 23, 2012

24 Feb 2012

Assalamualaikum...

Bertahan dan terus bertahan. Itulah motivasi untuk diri aku. Bangun pagi pergi kerja. Duit tak banyak lagi. Itulah juga yang memberi ingatan untuk kaki nie bergerak ke office. Walhal, kaki dan mata terlalu berat untuk memasuki office nie lagi. Tapi apakan daya? Aku bukan anak jutawan mahupun isteri hartawan. So, kenalah keja membantu suami mencari rezeki untuk masa depan bersama.

Ikutkan rasa binasalah jawapannya. Tapi aku memang nak ikutkan rasa je sekarang nie. He.. He.. He.. Rasa aku sekarang ni, nk letak surat berhenti. Tapi nanti aku nak dapat duit tambahan dari mana? Emm...

Company lama dari mula berhenti hingga ke hari ini, tidak putus2 menawarkan kerja untuk aku. Dan mereka akan tunggu aku sehingga aku kembali ke company tue. Tapi jauh la pula. Kat Westport sana. Emm... Tunggu lepas raya nie la.

Lepaskan raya dahulu. Sebab aku nak tengok berapa banyak company nie bagi aku bonus. Katanya sebulan gaji (paling sikit). Nie kenaikan pun cam hampas je. Tak sampai 2% kenaikan. Alasan sebab dia dah bagi gaji tinggi. Tinggi atok dia. Bukan aku yang minta gaji cam tue. Dia yg tawarkan sebab pengalaman dan tahu cam ne aku keja. Sekarang nak kata gaji tinggi. Setimpal la dengan kerja yang di berikan pada aku. Lagi banyak bunyi laks. Memang nak kena sontot je dorang nie... hehehe...

Wednesday, January 25, 2012

26 Jan 2012

Lama sungguh aku tidak menulis dekat blog nie. (Ye ke menulis? Bukan menaip ke?) Macam-macam kejadian yang aku dan suami lalui sepanjang hujung tahun lepas hingga ke tahun ini. Antaranya isu anak, perubatan dan keseronokan.

Anak,
Tiada pasangan yang tidak mahu ada anak. Setiap pasangan akan mengimpikan punya anak untuk melengkapi kehidupan suami isteri itu. Tidak kiralah ramai atau tidak. Kerana anaklah penyeri rumah tangga pasangan tersebut.
Ye, memang aku belum lagi ada rezeki. Namun aku dan suami sentiasa berdoa dan berharap agar hadirnya orang baru dalam hubungan kami. Semoga satu hari nanti ALLAH akan berikan kami rezeki untuk peroleh anak yang comel, bijaksana dan taat patuh pada agama.

Perubatan,
Kami ada merancang untuk berjumpa pakar. Tapi kos perubatan adalah antara RM 500.00 ke RM 1,000.00 untuk sesi pertama. Sedangkan buat masa ni, kami lebih memerlukan duit untuk kegunaan lain. Maka, kami mengambil keputusan untuk terus berusaha dan bersabar tanpa bantuan pakar. Bak kata orang dulu-dulu. "Biar lambat asal selamat". Biar pun ada niat untuk bertemu pakar tatkala poket tengah penuh, tapi kami batalkan niat tersebut. Dengan rasa dan alasan masih baru lagi.

Kesedihan,
Aku sedih dan sayup tiap kali ada sahaja yang menanyakan mengenai anak. Memang family aku dan family suami tidak pernah bertanya. Tapi ipar duai suami sering bertanya. Manakala saudara mara ku turut bertanya tiap kali bersua muka. Sehingga aku tidak mampu lagi memberikan jawapan. Sedangkan bukan sukar untuk menjawab "tidak ada rezeki lagi". Namun, jawapan tue aku rasa terlalu berat untuk aku lafazkan. Kawan-kawan yang masih tidak mengerti hati dan perasaan aku, akan setiap bulan menghubungi ku dan bertanya mengenai ada atau tidak anak. Sedangkan itu semua dari ALLAH datangnya. Dengan izin Nya semua ni terjadi. Tapi kenapa mereka tidak mahu faham? Seakan membeli baju di pasaraya agaknya mereka fikirkan.

Keseronokan,
Aku dan suami tidak lagi memikirkan dan terlalu memikirkan mengenai anak. Pada kami, kalau ALLAH dah berikan rezeki anak buat kami, kami terlalu gembira dan bersyukur pada Nya. Tapi jika sebaliknya, kami akan enjoy dengan life kami sebelum ahli keluarga kami bertambah dan bertambah. He.. He.. He..
Pada 6/1/2012 aku dan suami ke Terengganu untuk berjalan-jalan. Enjoy rasanya kerana tidak memikirkan apa-apa. Seolah-olah kami pergi untuk honeymoon. Bukanlah kami tidak fikir langsung mengenai anak. Tapi kami tidak terlalu memikirkannya sehingga menjadi beban dan tekanan pada kami kelak. So, adalah lebih baik, kami berfikir sekali lalu sahaja dan bertawakal pada Nya agar satu hari nanti ALLAH memberikan rezeki buat kami.

Niat,
Aku dan suami ada pasang niat untuk mengerjakan umrah. Tapi tunggu kewangan dah stabil dan tunggu semua keperluan dijelaskan. Harap-harap ALLAH permudahkan bagi kami.

Oklah. Cukuplah sampai sini dahulu cerita aku. Semoga dapat aku menulis lagi dan lagi mengenai aku dan suami. At least, satu hari nanti abang atau anak aku dapat membacanya bila aku tiada lagi. Setidaknya ada coretan buat mereka yang aku tinggalkan nanti.

Amin...