Thursday, October 6, 2011

7.10.2011

Assalamualaikum...


Semalam suamiku menerima panggilan telefon dari sahabat nya yang mendirikan rumah tangga selang sebulan dua dari kami... Sahabatnya memberi perkhabaran yang isterinya telah mengandung selama 3 minggu. Sayup nya rasa hati ku tatkala suami memberitahu... Aku tahu, walaupun suamiku tidak kesa, namun jauh disudut atienya, mesti suamiku sedih n pasrah dengan ujianNya. Semoga akan hadir zuriat di rahim ku nanti... Insyaallah... Semoga ALLAH permudahkan buat kami suami isteri...

Sayup mata ku melihat suami yang sering kata sunyi n bosan sebab berdua sahaja. ALLAH tengah menguji aku dan suami. Aku mesti kuat.. Insyaallah ujung bulan nie aku nk g wat pemeriksaan doktor. Harap semuanya baik2 hendaknya. Dan semoga ALLAH memberikan rezeki buat suamiku dan diriku sendiri....

Tatkala ini juga, banyak masalah bermain di kotak pemikiran ku... Namun aku mesti kuat... Suami banyak membantu... Namun aku tak mahu terus membebaninya lagi...

Ya Allah Ya Tuhan Kami, bantulah kami untuk memperoleh zuriat yang soleh lagi solehah. Sesungguhnya hanya pada MU kami bermohon dan meminta... Semoga KAU perkenankan permintaan hambaMU ini...

-Amin-

1 comment:

  1. kuatkan semangat mu sahabat..
    jgn putus harapan dan jgn putus2 berdoa..
    insyaallah ada rezeki kamu nnti k..
    :)

    ReplyDelete