Wednesday, January 25, 2012

26 Jan 2012

Lama sungguh aku tidak menulis dekat blog nie. (Ye ke menulis? Bukan menaip ke?) Macam-macam kejadian yang aku dan suami lalui sepanjang hujung tahun lepas hingga ke tahun ini. Antaranya isu anak, perubatan dan keseronokan.

Anak,
Tiada pasangan yang tidak mahu ada anak. Setiap pasangan akan mengimpikan punya anak untuk melengkapi kehidupan suami isteri itu. Tidak kiralah ramai atau tidak. Kerana anaklah penyeri rumah tangga pasangan tersebut.
Ye, memang aku belum lagi ada rezeki. Namun aku dan suami sentiasa berdoa dan berharap agar hadirnya orang baru dalam hubungan kami. Semoga satu hari nanti ALLAH akan berikan kami rezeki untuk peroleh anak yang comel, bijaksana dan taat patuh pada agama.

Perubatan,
Kami ada merancang untuk berjumpa pakar. Tapi kos perubatan adalah antara RM 500.00 ke RM 1,000.00 untuk sesi pertama. Sedangkan buat masa ni, kami lebih memerlukan duit untuk kegunaan lain. Maka, kami mengambil keputusan untuk terus berusaha dan bersabar tanpa bantuan pakar. Bak kata orang dulu-dulu. "Biar lambat asal selamat". Biar pun ada niat untuk bertemu pakar tatkala poket tengah penuh, tapi kami batalkan niat tersebut. Dengan rasa dan alasan masih baru lagi.

Kesedihan,
Aku sedih dan sayup tiap kali ada sahaja yang menanyakan mengenai anak. Memang family aku dan family suami tidak pernah bertanya. Tapi ipar duai suami sering bertanya. Manakala saudara mara ku turut bertanya tiap kali bersua muka. Sehingga aku tidak mampu lagi memberikan jawapan. Sedangkan bukan sukar untuk menjawab "tidak ada rezeki lagi". Namun, jawapan tue aku rasa terlalu berat untuk aku lafazkan. Kawan-kawan yang masih tidak mengerti hati dan perasaan aku, akan setiap bulan menghubungi ku dan bertanya mengenai ada atau tidak anak. Sedangkan itu semua dari ALLAH datangnya. Dengan izin Nya semua ni terjadi. Tapi kenapa mereka tidak mahu faham? Seakan membeli baju di pasaraya agaknya mereka fikirkan.

Keseronokan,
Aku dan suami tidak lagi memikirkan dan terlalu memikirkan mengenai anak. Pada kami, kalau ALLAH dah berikan rezeki anak buat kami, kami terlalu gembira dan bersyukur pada Nya. Tapi jika sebaliknya, kami akan enjoy dengan life kami sebelum ahli keluarga kami bertambah dan bertambah. He.. He.. He..
Pada 6/1/2012 aku dan suami ke Terengganu untuk berjalan-jalan. Enjoy rasanya kerana tidak memikirkan apa-apa. Seolah-olah kami pergi untuk honeymoon. Bukanlah kami tidak fikir langsung mengenai anak. Tapi kami tidak terlalu memikirkannya sehingga menjadi beban dan tekanan pada kami kelak. So, adalah lebih baik, kami berfikir sekali lalu sahaja dan bertawakal pada Nya agar satu hari nanti ALLAH memberikan rezeki buat kami.

Niat,
Aku dan suami ada pasang niat untuk mengerjakan umrah. Tapi tunggu kewangan dah stabil dan tunggu semua keperluan dijelaskan. Harap-harap ALLAH permudahkan bagi kami.

Oklah. Cukuplah sampai sini dahulu cerita aku. Semoga dapat aku menulis lagi dan lagi mengenai aku dan suami. At least, satu hari nanti abang atau anak aku dapat membacanya bila aku tiada lagi. Setidaknya ada coretan buat mereka yang aku tinggalkan nanti.

Amin...